Kerana Terpaksa
Kerana Terpaksa
Ratings1
Average rating3
We don't have a description for this book yet. You can help out the author by adding a description.
Reviews with the most likes.
Kerana Terpaksa mengisahkan seorang gadis, Suria dan seorang pemuda, Tengku Haizal. Mereka bertemu, berkenal dan menyulam kasih ketika masih di bangku sekolah. Suria hanya seorang anak gadis yang lahir di dalam sebuah keluarga biasa, golongan orang kebanyakan yang perlu bekerja untuk mencari sesuap nasi. Tengku Haizal pula datangnya dari generasi berdarah biru yang tak kenal erti susah.
Kata orang, enggang sama pipit manakan terbang bersama. Sejak dari mula, hubungan antara Suria dan Tengku Haizal mendapat tentangan maha hebat dari bonda Tengku Haizal. Dugaan demi dugaan mendatangi sepasang kekasih ini, dari zaman persekolahan hingga ke universiti dibawa hingga ke alam dewasa. Rasa kasih, cinta, ragu dan marah berlaga dari masa ke semasa. Tak pernah perhubungan mereka dilanda tenang.
Membaca Kerana Terpaksa seolah-olah seperti sedang menonton sebuah drama Melayu di TV3. Ada orang baik, ada orang jahat. Ada orang biasa, ada Mak Datin. Ada cerita cinta. Aku orang kebanyakan, maka aku rasa aku serasi dengan watak Suria. Aku faham dengan dilema Suria, dengan kekeliruan dan keraguan Suria. Dan aku juga faham dengan kekerasan hati dan kedegilan Suria. Fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me. Begitu pepatah Inggeris yang aku rasa Suria gunapakai.
Secara keseluruhannya, bagi aku, sebagai sebuah percubaan pertama, Kerana Terpaksa mampu menandingi novel-novel Melayu dalam genre yang sama yang sedia ada di pasaran. Tiada yang kompleks, yang renyah tentang Kerana Terpaksa. Aku enjoy membaca hasil pena penulis ini. Aku menyumpah-nyumpah si bonda Tengku Haizal dengan onarnya. Aku berfikir sejenak bila pilihan bonda Tengku Haizal mengatakan bahawa “Love is overrated”. Itu maknanya penulisan Ilham Kalsom berkesan. Dan bagi aku, itu sudah cukup bagus.
Review lanjut: http://wahleci.blogspot.com/2011/04/review-kerana-terpaksa.html