Ratings2
Average rating3.5
We don't have a description for this book yet. You can help out the author by adding a description.
Reviews with the most likes.
Tak salah kalau aku kategorikan Pecah dalam genre aksi atau thriller. Jadilah aku macam Inspektor Paul, mencari logik di sebalik rompakan yang terjadi. Baca dari muka surat pertama sampai muka surat terakhir. Aku baca tiga kali muka surat terakhir sahaja. Serius. Sebab aku terkejut dengan ending Pecah.
Kisah dalam novel Pecah bukan kisah yang boleh kita lihat hari-hari, bukan kisah biasa. Tapi itulah keistimewaan Pecah. Pecah bukan novel klise. Dan aku suka Pecah. Suka sangat-sangat. Sebab ada aksi, ada misteri, ada adegan flashback yang realistik, ada perkataan-perkataan yang mengharuskan aku buka Kamus Dewan, ada pembalasan dendam, ada adegan ranjang, ada rahsia. Yang tak ada, kisah cinta meleleh.
Complete review here: http://wahleci.blogspot.com/2011/04/review-lagi-pecah.html
Kisah dosa Bakar, pelan bijak Herman, bantuan licik Alan, Don dan Radi. Lidya membantu di sebalik tabir. Inspektor Paul dan budaknya bingung berfikir. Pelan terburai satu per satu. Semuanya berkait satu per satu. Bijak sungguh penulis mengarang plot. Satu babak kisah lama, satu babak kisah kini. Hebat. Wajib dibaca untuk orang yang minat kisah suspen and thriller. Syabas Khairulnizam Bakeri!