Ratings2
Average rating2
Reviews with the most likes.
Dalam banyak-banyak buku Fixi, Ngeri adalah novel pertama Fixi yang saya sudah boleh agak jalan ceritanya dan dalangnya di awal pembacaan. Tak misteri, okey. Tak mencabar minda sepertimana novel Fixi yang lain. Terlalu mudah. Terlalu ringkas.
Mungkin kerana terlalu banyak novel, siri TV atau wayang yang bergenre thriller telah disogokkan, jalan cerita Ngeri jadi terlalu biasa, mediocre, bak kata omputih. Ya, masih boleh diterima, masih boleh dibaca, tapi pengalaman keseluruhan membaca novel ini tak begitu... memuaskan. Impak Ngeri tak sehebat impak kulitnya.
Saya lebih suka kalau plot-plot pembunuhan itu diceritakan dengan lebih terperinci. Baru menimbulkan rasa ngeri yang sebenar. Semacam kelam-kabut pun ada sebenarnya.
Kalau ada yang baru nak berjinak-jinak dengan novel thriller, mungkin boleh cuba membaca Ngeri. Jangan risau, tidur boleh tutup lampu lepas membaca.
Featured Series
3 primary booksNGERI is a 3-book series with 3 primary works first released in 2011 with contributions by Gina Yap Lai Yoong.