Ratings1
Average rating1
Reviews with the most likes.
Dannazione!
Sedih betul bila diimbas balik betapa lemahnya watak-watak perempuan dalam novel yg ditulis Anjell. Hidup tak ada hala tuju, tak ada cita-cita yg nyata. Semuanya sibuk diulit dengan hero sahaja. Pagi petang siang malam, kepala otak hanya diisi dengan si lelaki sahaja. Kesian. Belajar tinggi-tinggi, hala tuju hidup cuma nak beradu perasaan. Kesian.
Nak buat cerita mafia, tak sampai. We're talking about Sicilian mafia, the Cosa Nostra. Bukan kaleng-kaleng. Bukannya bersembang pasal Abang Long Tiger ni. Tapi itulah, il capo sibuk nak jadi hero seorang bunga. Tak salah pun, tapi terus jadi tak gerun dengan mafia. Mehhh.
Yang si bunga pun, sudahlah amnesia, berapa kali pulak kepala tu terhantuk sana, dihantuk sini. Tak biol pulak dia kan. Sikit-sikit terhantuk, sikit-sikit terhantuk. Eh, stresslah! Hilang ingatan sepatutnya jadi konflik terbesar dalam hidup dia. Mencari sisa-sisa memori sepatutnya jadi satu misi dalam hidup. Sebaliknya, konflik terbesar ialah siapa Dheo tu. Misi dalam hidup hari-hari nak tengok muka Dheo, nak tahu tentang hidup Dheo. Rumah sendiri ada CCTV pun tak tahu ke? Kalau benda pasal hero, semua dia nak curious. Pasal kehidupan sendiri, pasal family, tak ada pulak.
Pincang. Segalanya pincang. Ada lompong di sana sini. Tertanya-tanya juga, penulis tak pernah buat research ke? Penulis tak berhasrat mengembangkan minda ke? Penggunaan Bahasa Inggeris buat kesekian kalinya mengganggu pembacaan. Dah jadi attention center. Thank God dan thanks, God lain ya, temen-temen. Dan kerap kali ayat “I used to it” digunakan. Tolonglah, tolong sangat, perbaikilah. Jangan bagi kesempatan orang macam aku untuk cari kesalahan remeh macam tu. Spoil ah.
Keseluruhannya, satu lagi hasil yg mengecewakan.