Ratings2
Average rating2.5
Reviews with the most likes.
Aku kira novel Invasi adalah satu percubaan berani untuk mengangkat genre sains fiksyen di antara lambakan novel jiwang di pasaran tempatan. Berani. Dan kerana keberanian itu, aku salute Raja Faisal dan warga Fixi.
Aku bukan seorang peminat genre sains fiksyen. Aku berjiwa jiwang, cenderung kepada cerita cinta, cerita romantika; kontemporari atau historical. Tapi entah kenapa hati tergerak jugak nak baca Invasi. Setakat ini, masih belum ada novel Fixi yang aku mampu tolak. Janji ada, aku baca.
Invasi. Invasion. Tengok kulit buku pun dah tahu cerita tentang makhluk asing. Selalunya kisah makhluk asing ni wujud nun di Amarika sana saja. Tak taulah kenapa makhluk asing ni suka sangat gi kat Amarika. Mungkin dia tahu di sana ada geng-geng Avengers, ada Spiderman, ada Superman, ada Batman dan segala macam Man. Mungkin alien nak test power di sana. Kat Malaysia cuma ada Cicakman dan Kluangman. Sobs.
Berbalik kepada novel ni, apa yang paling aku suka sebenarnya ialah kerana ia berlaku di Kualalala Lumpur. Setiap babak yang terjadi di lokasi-lokasi yang disebutkan, dapat aku bayangkan dengan jelas. Gila syok. Macam tengok movie dalam kepala otak sendiri. Kadang-kadang boleh tenggelam dalam dunia ciptaan Raja Faisal ni. Rasa macam aku adalah sebahagian daripada Bayani dan geng berani matinya.
Cuba korang bayangkan, kalau KL ditakluk alien. Cuba bayangkan. Takleh? Haaa... cuba baca novel ni tengok.